Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah – Muzium DiRaja IstanaLama Seri Menanti terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti menempatkan pelbagai khazanah dan alat-alat kebesaran kerabat DiRaja Negeri Sembilan termasuklah pakaian, senjata, balai beradu serta dokumentasi berkenaan keluarga DiRaja sejak turun temurun.

istana seri menanti

Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

IstanaSeri Menanti dikatakan mendapat nama daripada tiga batang padi yang tumbuh di kawasan itu yang dinamakan padi menanti atau ‘Semangat Padi Yang Menanti’. Dalam bahasa jawa, padi bererti ‘Seri’, lalu ia diubah nama kepada Seri Menanti, di kawasan 3 batang padi ini juga dikatakan Istana Seri Menanti didirikan namun, terdapat juga khabar angin yang mengatakan tentang kisah seorang isteri yang menanti kepulangan seorang seorang suami begitu lama sehingga orang-orang kampung menamakan tempat tersebut sebagai Istana Menanti.

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

BACA: Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato’ Panglima Sultan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

istana seri menanti

Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki yang melambangkan 99 orang pahlawan yang bertugas mengawal istana tersebut suatu masa dahulu. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

istana seri menanti

Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana. – orangnogori.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous