Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

Powered by WP Review
Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu – Kampung Chenderong Balai adalah di bawah mukim Labu Kubong yang berada di dalam daerah Hilir Perak dan kedudukannya berada diantara laluan Bidor ke Kampung Gajah dari Kampung Bahagia ke Ipoh. Tidak dapat dipastikan kesahihan asalnya nama Chenderong Balai diperoleh, namun menurut cerita orang tua, kampung ini mempunyai sebuah balai serupa beranda yang selalu digunakan untuk tempat orang kampung berkumpul dan meraikan majlis-majlis keraian. Posisi dan keadaan balai tersebut menjadi sedikit condong apabila tidak dapat menampung beban orang ramai yang masuk ke dalam kerana keadaan tanah sawah yang tidak keras.

peta Kampung Chenderong Balai

Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

Pada asalnya, Kampung Chenderong Balai merupakan satu kawasan rancangan pembukaan tanah besar-besaran untuk dijadikan sebagai sawah bendang pada awal tahun 1940 dan dipanggil sebagai Bendang D.O. bersempena dengan District Officer Lower Perak ataupun Pegawai Daerah Hilir Perak yang berbangsa Inggeris pada ketika itu. Ramai orang-orang dari utara terutama Kedah dan orang berketurunan Banjar, Rao, Mendeiling dan Jawa yang datang untuk membuka kawasan ini. Setiap keluarga dibenarkan untuk membuka tanah sebanyak 2 hektar dan diberikan bantuan pengangkutan dan peralatan secara percuma untuk membina tempat tinggal serta menanam padi. Sistem perparitan dan kawasan pengairan disini dikenali sebagai program Trans Kerian – Sungai Manik.

BACA: Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Ketika waktu era kebangkitan komunis diawal kemerdekaan, penduduk kampung ini turut terasa penderitaan akibat pengganas komunis. Tentera British yang dibantu oleh pejuang-pejuang Banjar dan Melayu terutamanya Tentera Sabil dan Kumpulan Parang Terbang dikatakan pernah bertempur dengan komunis di Chenderong Balai dan Sungai Manik. Namun begitu, sebelum komunis berundur ke hutan Banjaran Titiwangsa, mereka sempat membakar rumah dan membunuh orang kampung. Peristiwa ini masih segar dalam ingatan warga tua di kampung Chenderong Balai sehingga ke hari ini. Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

Ramai juga anak jati Kampung Chenderong Balai yang terkenal dan menyumbangkan bakti kepada Malaysia antaranya pengacara sukan terkemuka tanah air iaitu Allahyarham Datuk Hj Hasbullah Awang, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Profesor Ahmad Atory Hussein pensyarah sejarah di UKM dan UUM, dan ramai lagi. Buat anak jati Chenderong Balai yang berada di perantauan, sawah-sawah padi yang menghijau dan bangau berterbangan semestinya menggamit kerinduan untuk pulang ke kampung. Betapa indah dan tenangnya rasa hati berada di kampung Chenderong Balai jika hendak dibandingkan dengan hiruk pikuk di kota raya.

BACA: Misteri Rumah Puaka Lama Di Lumut

Sumber: orangperak.com

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!