Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu – Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan hospital penjagaan mental yang paling tua dan terkenal di Malaysia. Hospital ini yang asalnya dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan, terletak di Tanjung Rambutan, Negeri Perak, 16 km ke arah timur laut bandar raya Ipoh. Hospital Tanjung Rambutan ini mempunyai bilangan katil sebanyak 2,600 dan terdapat 79 buah wad yang terdiri daripada 54 buah wad lelaki dan 25 buah wad perempuan.

peta hospital tanjung rambutan

Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yang tahu akan fungsi Hospital Bahagia yang ia menawarkan rawatan jagaan, memberi rawatan klinikal, psikologi, moral, dan kerohanian bagi mereka yang mengalami masalah mental, atau turut dikenali sebagai sakit jiwa, gila, tekanan perasaan dan lain-lain yang berkaitan. Sungguhpun begitu dari segi perubatan, mereka yang ditempatkan di sini tidak semuanya di luar kawal, dan pesakit yang tidak berapa teruk akan diberi latihan di bengkel pertukangan bagi lelaki dan bengkel kerja tangan bagi wanita. Selain itu pesakit turut diberi latihan bertani dan kesemua aktiviti ini mempunyai nilai rawatan yang dinamakan sebagai terapeutik bagi membantu pesakit bertenang dan pulih.

hospital tanjung rambutan

Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Pada tahun 1910, Dr. Samuels telah mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah hospital yang diberi nama sebagai Federal Lunatic Asylum di Tanjung Rambutan. Pembinaan tersebut telah siap dibina pada tahun 1911 dan Dr. W.F. Samuels telah dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama disitu. Pada peringkat awal, Federal Lunatic Asylum adalah merupakan sebuah yayasan psikiatri yang mengandungi 3 buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan yang dipisahkan oleh ruang dapur sahaja.

hospital tanjung rambutan

Sejarah Hospital Tanjung Rambutan Yang Ramai Tak Tahu

Pada tahun 1928 Federal Lunatic Asylum telah diubah nama kepada Central Mental Hospital dan pada awal tahun 1970, nama telah diubah kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menampilkan imej yang lebih positif ke atas perkembangan rawatan psikiatri. Kini, Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan yayasan psikiatri paling besar dari empat buah yayasan yang wujud di Malaysia.

Keluasan asal Hospital Bahagia Ulu Kinta ialah 544 ekar di mana lebih kurang 300 ekar digunakan untuk mendirikan pelbagai bangunan dan bakinya digunakan untuk aktiviti–aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Namun begitu, pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserahkan untuk pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.

Sumber: orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih