Sejarah, Cerita Bota Kiri Dan Bota Kanan Yang MENARIK


Sejarah, Cerita Bota Kiri Dan Bota Kanan Yang MENARIK – Bota adalah satu nama yang tidak asing lagi dan amat popular dikalangan penduduk di Perak Tengah. Nama lokasi yang dipanggil sebagai Bota ini terbahagi kepada dua iaitu Bota Kiri dan Bota Kanan yang mana ianya mempunyai cerita unik yang tersendiri dan menarik untuk diceritakan.

Berdasarkan nama Kiri dan Kanan di Bota yang diletakkan adalah untuk membahagikan mukim tersebut yang dipisahkan dengan aliran Sungai Perak. Namanya Kiri dan Kanan diberi mengikut aliran arus sungai jika kita berdiri di darat sebelah tebing sungai Perak di Bota.

Sejarah, Cerita Bota Kiri Dan Bota Kanan Yang MENARIK

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Bota sebenarnya dahulu dikenali dengan nama lain iaitu Berahman Indera dan ianya adalah merupakan pusat pentadbiran Sultan Alauddin Mughayat Shah yang merupakan Sultan Perak ke 12 dan memerintah negeri Perak pada tahun 1720 hingga ke tahun 1728. Berahman Indera juga menjadi lokasi pemerintahan beberapa Sultan Perak yang lain.

Terdapat juga cerita rakyat yang menceritakan tentang bagaimana nama Bota ini diberi menggantikan gelaran asal yang diketahui iaitu Berahman Indera. Menurut cerita turun temurun yang diceritakan oleh orang-orang tua, nama Bota ini pada asalnya dikatakan berkait rapat dengan kewujudan gergasi di kawasan tersebut.

bota 1874

Bota sekitar tahun 1874

Penduduk tempatan percaya bahawa terdapat seekor gergasi yang bersaiz besar dan hidup di dalam tanah di kawasan mereka tinggal. Gergasi itu dikatakan menyembunyikan diri dari dilihat orang ramai (manusia) di dalam gua-gua yang ada di dalam tanah dan nama gergasi tersebut tidak lain tidak bukan adalah Bota.

Apa yang menariknya tentang gergasi yang bernama Bota ini, dikatakan ia akan keluar daripada tempat persembunyiannya itu pada waktu petang sebelum senja menjelma sahaja. Gergasi ini juga dikatakan sangat minat dengan kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Mana-mana budak yang dijumpainya dan tidak memakai seluar, akan diculiknya dan terus disimpan di dalam tanah.

Mungkin kanak-kanak yang ditangkap oleh si Bota itu akan dijadikan satapan untuk mengenyangkan perut yang lapar. Menurut penduduk tempatan yang sudah berumur, badan gergasi bernama Bota ini berwarna tanah seakan-akan lumpur. Penampakan gergasi Bota ini seringkali dapat dilihat pada satu ketika dahulu di kawasan sawah bendang mencari ikan darat untuk dijadikan makanan.

Ada juga pandangan dikalangan pembaca setia orangperak.com yang menyatakan bahawa berkemungkinan gergasi bernama Bota ini sebenarnya bukan mitos dan ianya benar-benar wujud. Pada zaman dahulu, agenda dalam sumpahan dan penggunaan ilmu hitam sememangnya benar-benar boleh berlaku dengan menuruti ilmu yang salah.

Berkemungkinan gergasi bernama Bota ini sebenarnya adalah manusia yang terkena sumpahan si Kelembai yang cukup popular dalam masyarakat kita pada zaman dahulu. Ini adalah satu perkara yang boleh diterima pakai tentang zaman dahulu yang mempunyai unsur-unsur mistik dengan masyarakat yang tidak dapat dipisahkan.

Berikutan penceritaan tentang nama Berahman Indera sebelum nama Bota didendangkan, peristiwa dan cerita berkenaan kewujudan gergasi yang bernama Bota itu mungkin wujud sekitar selepas abad ke 18. Ianya ternyata berada dalam satu zaman yang masih kuat dengan keadaan ilmu-ilmu mistik yang seringkali dikaitkan dengan masyarakat kita.

Dari meja pengarang orangperak.com bersama dengan beberapa kumpulan pembaca setia orangperak.com sebulat suara berpendapat yang kewujudan gergasi bernama Bota ini sebenarnya adalah mitos dan cerita rekaan rakyat sahaja yang diada-adakan kewujudannya untuk menakut-nakutkan anak kecil yang pulang lewat ke rumah apabila keluar bermain.

tungau

Tungau

Bota sebenarnya adalah modal dari ibu bapa yang diada-adakan ceritanya untuk menggertak anak-anak mereka akan bahaya bermain diluar terutamanya yang tidak memakai seluar. Sebenarnya ia adalah untuk mengelakkan anak kecil mereka digigit tungau yang gemar hinggap di kawasan pelipat anggota badan manusia dan inginkan anak mereka pulang awal sebelum maghrib menjelang.

Perkisahan cerita rakyat tentang gergasi bersaiz besar digelar Bota yang gemarkan anak kecil tidak berseluar ini berkemungkinan telah diperturunkan ceritanya kepada beberapa keturunan untuk tujuan yang sama sehinggalah namanya cukup popular dan terus diangkat sebagai nama lokasi yang kini dikenali sebagai Bota Kiri dan Bota Kanan.

Sir William George Maxwell

Sir William George Maxwell

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kisah nama Bota juga ada ditulis dalam buku bertajuk In Malay Forests yang ditulis oleh Sir William George Maxwell. Sir William George Maxwell adalah seorang pegawai British di Perak dan fasih berbahasa melayu. Dalam penulisannya ada tertulis tentang Bota yang diceritakan sebagai gergasi yang berkaitan dengan semangat atau mambang hutan. – orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: