SEDIH !! Kanak-Kanak Didera Ibu Tiri Disahkan Alami Cacat Kekal

SEDIH !! Kanak-Kanak Didera Ibu Tiri Disahkan Alami Cacat Kekal

Kanak-Kanak Didera Ibu Tiri Disahkan Alami Cacat Kekal | Masa depan mangsa dera ibu tiri yang kejam, Nur Zuliana Zaara Zulkifli semakin gelap selepas dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan menyatakan keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.

10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.

“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih