“Sedia Letak Jawatan” – Tengku Abdullah

“Sedia Letak Jawatan” – Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia meletak jawatan.

Perletakan jawatan Tengku Abdullah dikaitkan dengan kekalahan buruk 10-0 Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi Khamis lalu.

Berikutan keputusan tersebut, Tengku Abdullah dan barisan kepimpinan FAM dikritik teruk oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.
Pengawai FAM mengesahkan laporan tersebut, namun belum mendedahkan penjelasan lebih lanjut.

Sebelum ini Tengku Abdullah menyatakan persediaannya untuk berundur sebagai presiden persatuan itu namun secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pengurusan badan induk bola sepak negara itu secepat mungkin bagi membolehkan jawatan itu dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Dalam pada itu baginda mengakui amat kecewa ekoran kekalahan memalukan skuad bola kepada UAE, lapor mStar Online.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 38 times, 1 visits today)

Leave a Reply