SAYU !! Suasana Pilu Selubungi Penghormatan Tunku Abdul Jalil

Johor Baharu – Perkarangan Istana Besar Johor mula dibanjiri orang ramai bagi istiadat penghormatan terakhir Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim hari ini .

Orang awam yang mematuhi etika kod pakaian mula dibenarkan memasuki perkarangan istana melalui pintu B kira-kira pukul 9 pagi tadi bagi istiadat penghormatan oleh rakyat jelata.

Suasana di dalam Bilik Singgahsana Istana Besar di mana tempat jenazah ditempatkan diselubungi suasana suram selain turut diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al- Quran.

Turut kelihatan diletakkan di atas keranda Almarhum ialah bendera Johor, pedang serta topi polis.

Jenazah Almarhum dijangka akan diarak dari Istana Besar ke Makam Diraja Mahmoodiah selepas solat Zohor, menggunakan pedati sebelum disemadikan di sebelah makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Turut kelihatan di dalam bilik tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang hadir bersama kerabat yang lain dan dilihat duduk bersila tidak jauh daripada tempat jenazah diletakkan.

Orang awam lelaki yang ingin menziarahi diminta untuk memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, bersamping hitam tidak bercorak, songkok hitam yang berlilit kain putih.

Bagi lelaki bukan Islam dikehendaki memakai sut hitam, bersongkok dan berlilit putih di lengan, sementara wanita Islam pula memakai baju kurung teluk belanga putih.

Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada pukul 7.11 petang semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) , Johor Bahru, lapor Kosmo.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Leave a Reply