SAYU !! Suami Isteri Maut Gara-Gara Tayar ‘Terbang’

SAYU !! Suami Isteri Maut Gara-Gara Tayar ‘Terbang’ – KUALA PILAH – Sepasang suami isteri maut setelah dihempap dua buah tayar yang tercabut dari lori sarat membawa muatan pasir pagi tadi. Kejadian itu berlaku jam 10.55 pagi di kilometer 10 Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir.

Mangsa, Nor Baiti Awang, 44 bersama suaminya, Azizan Sahari, 42 menaiki skuter Yamaha Ego dalam perjalanan ke rumahnya dari arah Juasseh ke Taman Putra.

SAYU !! Suami Isteri Maut Gara-Gara Tayar ‘Terbang’

SAYU !! Suami Isteri Maut Gara-Gara Tayar 'Terbang'

Dua buah tayar yang tercabut dari lori tersebut.

Menurut saksi enggan dikenali, sebuah lori yang sarat muatan pasir dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah melalui jalan tersebut menuju ke Seremban.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan di bahagian tengah tercabut lalu ‘terbang’ dan menghempap mangsa yang kebetulan lalu di jalan bertentangan.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang Juasseh,” katanya.

Paramedik dari Klinik Kesihatan Juasseh, telah mengesahkan mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih