SAYU !! Si Tanggang Moden Biarkan Ibunya Jadi Bibik

Powered by WP Review

SAYU !! Si Tanggang Moden Biarkan Ibunya Jadi Bibik | Kali ini kita menyingkap kisah mengenai perbuatan anak yang sanggup memperlakukan ibunya sebagai hamba di rumah sendiri tidak ubah seperti kisah Si Tanggang yang selalu diceritakan pada zaman kanak-kanak.

Bezanya, perilaku anak itu bukan sebab melupakan ibu kandungnya, tetapi tidak mengendahkan dan sanggup pula menyuruh ibunya menjaga anak-anak mereka yang masih kecil berseorangan.

Mak Ani merupakan jiran kepada sahabat saya yang tinggal di sebuah perumahan elit di kota raya. Suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, manakala dia sendiri mempunyai empat orang anak yang sudah dewasa.

Si Tanggang Moden Biarkan Ibunya Jadi Bibik

Ketika umurnya telah menginjak ke usia 70-an, Mak Ani masih belum jumpa erti rehat dalam kehidupannya. Penat dia mengasuh anak-anak dan bekerja, kini dia terpaksa pula menjaga cucu-cucu yang kesemuanya berjumlah lima orang.

Mak Ani, sebaik bersara, dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di rumah. Seperti warga emas lain, dia juga teringin ke masjid, memasuki kumpulan berzanji di kejiranannya, belajar mengaji atau apa sahaja untuk mendalami bidang agama.

Anak-anaknya yang telah berkahwin semuanya keluar dari rumah dan tinggal tidak jauh dari kejiranan yang sama. Mak Ani pula lebih senang tinggal sendiri di rumah pusaka peninggalan arwah suami.

Namun, setelah anak-anak berumah tangga, dia pula dijadikan seperti ‘bibik’ oleh anak-anaknya dengan alasan kesukaran untuk mencari pembantu rumah atau pusat asuhan yang baik untuk menjaga anak-anak mereka.

Demi anak-anak dan cucu-cucu, Mak Ani dayakan diri dan bersetuju untuk menjaga cucu-cucunya.

Si Tanggang Moden Biarkan Ibunya Jadi Bibik

Pada mulanya dia menjangkakan semua itu sementara, sebaik anak-anak mendapatkan pembantu atau pusat asuhan yang baik, mereka akan mengambil anak-anak kembali.

Namun setelah ditunggu, diam tak diam sudah 10 tahun berlalu. Bukannya mengurangkan jumlah anak, malah makin bertambah cucu-cucu yang perlu dijaga.

“Anak-anak saya semuanya bekerja yang hebat-hebat, kereta juga besar-besar, tetapi hendak cari pembantu rumah sendiri punyalah liat. Kononnya tidak percaya pembantu rumah dan kena bayar mahal, Pagi-pagi lagi pukul 6.30 sudah sedia terpacak di kaki lima rumah menghantar cucu yang pertama, seterusnya 7.30 pagi dan akhir sekali 8 pagi.

“Bila hendak mengambil semula pada waktu petang, punyalah susah. Kadang-kadang dekat pukul 12 tengah malam pun mereka belum datang ambil. Kadang-kadang apabila ditelefon, ada yang mengatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah jalan sesak, ada kerja tambahan di pejabat dan sebagainya.

“Ada yang lebih sedih, apabila kita telefon bila hendak ambil anak, mereka mengatakan tunggu mereka berehat sekejap, selesai menonton televisyen, mereka akan datang ambil. Sudahnya mereka tertidur dan anak-anak mereka berada dengan saya sampai ke pagi,” kata Mak Ani.

Jelas Mak Ani, dia bukanlah tidak gemar dengan cucu-cucunya, sekurang-kurangnya masanya terisi dan terhibur juga dengan keletah mereka.

Si Tanggang Moden Biarkan Ibunya Jadi Bibik

Tapi apabila diberi muka, semakin anak-anaknya tidak endahkan mengenai dirinya. Langsung tidak bertanya bagaimana keadaan ibu mereka, sedangkan kata Mak Ani dia juga perlukan rehat setelah seharian menguruskan cucu-cucunya.

“Sekurang-kurangnya tanya, sihat atau tidak ibu mereka ini kerana saya pun dah tua, badan pun tidak terdaya hendak melakukan kerja-kerja berat, tambahan pula budak-budak sekarang ini lasaknya luar biasa.

“ Mana lagi hendak masak makanan sendiri dan bubur nasi untuk cucu-cucu, beri mereka makan, solat, beli barang di pasar, basuh kain dan kemas rumah, semua itu tidak terdaya hendak membuatnya.

“Di pusat asuhan pun ada dua tiga orang pengasuh, tetapi saya seorang untuk menjaga lima orang cucu. Ada ke patut.

“Malah pada hujung minggu pun mereka hantar anak-anak yang kecil pada saya apabila mereka keluar membeli-belah.

“Itu belum lagi apabila anak-anak terjatuh atau terluka sedikit, mulalah menantu melenting, kononnya saya tidak padan menjaga anak-anak mereka dengan betul. Apabila hantar anak, menantu tidak turun, duduk menyandar dalam kereta sebab marah, anak mereka tercalar. Anak sendiri pula hanya bertanya mengapa dahi anak mereka benjol.

“Apabila dikatakan anak-anak mereka nakal, mulalah mereka berkata, emak kena tengok betul-betul takut nanti tercedera siapa yang susah, kami juga yang susah.

“Habis kalau susah jagalah sendiri, pernah saya berkata demikian kepada anak-anak saya, tetapi tidak diambil pusing langsung. Anak tetap dihantar keesokan pagi,” katanya yang membela cucu-cucu berumur antara empat bulan hingga 10 tahun.

Apabila ditanya kepada Mak Ani berapa upah yang diberi oleh anak-anak menjaga cucu-cucunya, dia memberitahu, pada mulanya dia tidak pernah berkira dengan anak-anak.

Berapa mereka hendak beri, Mak Ani terima, malangnya sejak dari mula jaga cucu-cucu sehingga bertambah, sebanyak itu sahaja yang diberi oleh anak-anak. Nasib baik dia ada pencen suami dan pencen sendiri yang boleh dia gunakan.

“Saya tidak pernah mendapat duit daripada anak-anak kerana mereka sendiri selalu berkata, tidak pernah cukup dengan duit gaji masing-masing. Saya biarkan sahaja, lagipun apabila mereka ada di sisi itu lebih baik kerana wang bukanlah segalanya bagi saya.

“Bulan Ramadan tak berapa lama lagi. Tahun ini saya membayangkan untuk sembahyang Tarawih berjemaah penuh. Sekiranya perkara yang sama masih berterusan, mungkin semua itu hanya tinggal impian.

“Seperti selalu, saya hanya akan berehat pada hari raya selama seminggu kerana ke empat-empat anak saya akan balik ke rumah mertua dengan alasan mertua mereka ingin melihat cucu masing-masing dan tinggal saya seorang diri beraya.

“Itulah sebenarnya kehidupan saya, diperlukan anak-anak ketika mereka sesak dan ketika hari raya saya beraya seorang,” katanya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!