SAYU !! ‘Saya Tak Sengaja Langgar, Adik Tolonglah Bangun Jangan Macam Ni’

SAYU !! ‘Saya Tak Sengaja Langgar, Adik Tolonglah Bangun Jangan Macam Ni’

“Adik tolonglah bangun. Jangan macam ni,”rayu Zaini Daud sambil merangkul Nur Aminah Zaimin Jasmin, setahun sebulan.

Dia tidak dapat menahan tangis apabila melihat darah memancut keluar dari mulut, telinga dan hidung anak kecilnya itu.

Nur Aminah Zaimin hanya memandang sayu wajah Zaini tanpa suara kerana kecederaan parah yang dialaminya selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh Toyota Unser yang sedang diundurkan wanita itu di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Labu, di sini dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu dikatakan keluar rumah mengekori ibunya tanpa disedari wanita tersebut yang sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna itu untuk mengeluarkan motosikalnya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Semasa mengundurkan kenderaan, saya amat pasti tiada apa-apa yang menghalang laluan namun ketika mula bergerak ke hadapan, saya rasa seperti melanggar batu.

“Selepas memberhentikan kenderaan untuk melihat halangan tersebut, saya dapati adik (Nur Aminah Zaimin) sudah terbaring di sisi kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Sambil menegaskan berkali-kali dia tidak membunuh anak bongsunya itu, tetapi tragedi tersebut berlaku secara tidak sengaja, Zaini mengakui emosinya masih tidak stabil dan trauma mengenangkan kejadian tersebut.

“Memandangkan saya hanya ada seorang anak perempuan sebelum adik (Nur Aminah Zaimin) dilahirkan, kini kehilangannya amat dirasai oleh setiap ahli keluarga.

“Tidak sangka, adik tinggalkan saya sebelum sempat saya lihat dia membesar,” katanya menahan sebak.

Jenazah Nur Aminah Zaimin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Pasir Puteh Batu Lapan, 11.30 malam tadi.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih