SAYU !! Ratapan Ibu Hamil Lihat Anak Terkulai Tak Bernyawa..

SAYU !! Ratapan Ibu Hamil Lihat Anak Terkulai Tak Bernyawa..

Alor Setar: Seorang ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin hanya mampu meraung apabila melihat tubuh anak perempuannya terkulai tidak bernyawa selepas ditemui terapung di Sungai Kuala Kedah berhampiran Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Mayat mangsa Noraini Maisarah Musa, 10, ditemui hanya lima meter dari tempat kanak-kanak itu mandi oleh bapa saudaranya Che Din Othman, 37, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang kelmarin, Noraini bersama adiknya Ayu Wan Mira, 9, dan rakannya Nor Alisya Natasya Yahya, 9, mandi di kawasan berhampiran sebuah kilang memproses kepah, bagaimanapun mangsa hilang selepas dihanyutkan ombak.

Che Din berkata, dia sedang berdiri di tepi sungai berkenaan dan terlihat objek seakan-akan buah kelapa dalam keadaan timbul, tetapi separuh tenggelam.

“Saya memerhatikan ombak yang terhasil dan tiba-tiba melihat sesuatu seperti tubuh manusia dalam keadaan terapung berdekatan tongkang berkenaan. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih