SAYU !! Punca Sebenar Sultan Johor Berkecil Hati

SAYU !! Punca Sebenar Sultan Johor Berkecil Hati

Johor Bahru – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkecil hati dengan tindakan sesetengah pengamal media sosial yang menyasarkan anakanda baginda, Tunku Abdul Jalil, sebagai mangsa penyebaran berita palsu, baru-baru ini.

Menegaskan penyebaran berita seperti itu patut dihentikan segera, baginda bertitah Tunku Abdul Jalil berada dalam keadaan baik namun baru-baru ini mengadu sakit belakang hingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

“Tunku Laksamana dimasukkan ke wad kerana fasiliti (rawatan) di istana tidak mencukupi.

“Jadi, orang ramai tolonglah jangan menghebah-hebahkan berita palsu. Saya berasa kecil hati kerana keadaan Tunku Laksamana tidak tenat seperti yang diuar-uarkan dan berharap orang ramai terus mendoakan kesihatan anakanda,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Lembaga Pengampunan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sebagai mengulas laporan tentang Tunku Abdu Jalil yang dikatakan sedang sakit tenat akibat kanser dan kini menjadi viral di laman sosial.

Sultan Ibrahim menegaskan, di Johor, baginda tidak mahu perbuatan penyebaran berita palsu terus berleluasa kerana kerajaan negeri yang ada sekarang dilantik oleh baginda.

“Kerajaan tahu di mana tujuan (penyebaran), jadi tidak payah sebar-sebarkan berita kurang senonoh terutama blogger, yang kononnya macam mereka tahu dulu (semua perkara) sebelum kejadian berlaku,” titah baginda.

Terdahulu, baginda memaklumkan sekurang-kurangnya 30 kes jenayah melibatkan banduan di seluruh negeri dipertimbangkan untuk diampunkan bersempena Hari Keputeraan baginda pada 22 Nov ini.

Titah baginda, keputusan muktamad untuk pertimbangan itu akan diumumkan menerusi media massa tidak lama lagi, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih