SAYU !! Penghormatan Terakhir Penuh Istiadat Buat Jurulatih Penerbangan TUDM

SAYU !! Penghormatan Terakhir Penuh Istiadat Buat Jurulatih Penerbangan TUDM

IPOH, 7 Okt – Jenazah Jurulatih Penerbangan TUDM, Allahyarham Mej Sanisah bt Abu Hanipah TUDM tiba di Ipoh awal pagi ini dengan diiringi oleh rakan setugas dan ahli keluarga yang telah bersama-sama sejak petang semalam lagi.

Allahyarham Mej Sanisah bt Abu Hanipah TUDM meninggal dunia disebabkan sesak nafas ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah semalam.

Jenazah telah dibawa menaiki pesawat C130 dari No 14 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

Ketibaan pesawat di Ipoh telah dinanti sejak awal pagi lagi oleh pegawai-pegawai kanan TUDM bersama sejumlah besar rakan-rakan setugas termasuk ahli keluarga dan sanak-saudara.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Panglima Udara , Lt Jeneral Dato’ Sri Affendi Buang TUDM.

IMG_0152

Suasana menjadi semakin sebak sebaik sahaja Lt Jeneral Dato’ Sri Affendi menyampaikan lipatan Jalur Gemilang kepada suami Allahyarham yang masih terkejut dengan kehilangan isteri tercinta.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. lapor airtimes.my

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!