SAYU !! Nuri Sudah Tiada.. Cukuplah Apa Yang Berlaku Rayuan Ibu… ((6 Gambar))

SAYU !! Nuri Sudah Tiada.. Cukuplah Apa Yang Berlaku Rayuan Ibu… ((6 Gambar))

Kota Bharu: Keluarga Nuri Nadirah Ruslan, 7, yang meninggal dunia akibat dipatuk ular, pagi tadi menafikan kanak-kanak itu hidup semula seperti diviralkan di media sosial malam tadi.

Ibu arwah, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu itu.

“Tak perlu kecek (cakap) lagi perkara ini. Jangan ganggu emosi kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lapang Pari, Badang, di sini, tadi.

Menurutnya, pengebumian anak sulung daripada dua beradik itu ditangguhkan sehingga esok kerana mahu menunggu ketibaan ahli keluarga yang lain.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Datuk arwah, Wan Mohamad Wan Ibrahim, 57, mengakui menjemput pengamal perubatan alternatif dan pegawai perubatan untuk pengesahan semula kematian cucunya itu.

“Ini kerana, ketika urusan memandikan jenazah hampir Maghrib tadi, tangan arwah bergerak menyebabkan kami terkejut dan berasakan dia masih hidup.

“Pengamal perubatan alternatif kemudian cuba menyedut keluar bisa pada kaki, namun tiada tindak balas dan dua pegawai perubatan juga membuat pemeriksaan.

“Doktor kedua mengesahkan arwah memang sudah tidak bernyawa kira-kira 10.15 malam. Mereka juga memaklumkan wujud pergerakan kerana tindak balas terhadap saki baki udara dalam tubuh mangsa,” katanya.

Wan Muhammad berkata, apa yang dilakukan mereka adalah usaha terakhir dan keluarganya berpuas hati dengan pengesahan dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan Dato Hisham 1, di sini kira-kira 9.30 pagi.

“Maklumat viral mengatakan jenazah hidup semula tidak wajar disebarkan dan tindakan boleh diambil ke atas penyebar maklumat palsu itu jika keluarga membuat laporan polis.

“Lagipun bedah siasat sudah dilakukan ke atas mangsa petang tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, ” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak terus menyebar maklumat palsu dan menghormati keluarga yang baru kehilangan insan tersayang.-HM

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!