SAYU !! Niat Memancing Tiga Beradik Berakhir Tragedi

SAYU !! Niat Memancing Tiga Beradik Berakhir Tragedi. PEKAN – Tiga beradik mati lemas ketika keluar memancingdi sebuah kawasan berparit dekat Kampung Permatang Jerek Merchong, Nenasi, petang tadi.

niat-memancing-tiga-beradik-berakhir-tragedi

Mayat ketiga-tiga beradik itu, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11 dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui kira-kira jam 4 petang.

Kesemua mangsa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang untuk memancing di kawasan parit tersebut.

SAYU !! Niat Memancing Tiga Beradik Berakhir Tragedi

Bapa mangsa berada di rumah dan kawasan parit itu hanya terletak kurang 300 meter dari rumah mereka.

Selepas satu jam kira-kira jam 3 petang, ketiga-tiga beradik itu masih belum pulang ke rumah dan menyebabkan bapa mereka keluar mencari ke kawasan berkenaan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, bapa mangsa mendapati anak perempuan berusia 12 tahun dalam keadaan terapung.

Dia kemudian meminta bantuan jiran mencari dua lagi anak dan usaha mencari akhirnya menjumpai kedua-dua mangsa di dalam parit pada kedalaman dianggarkan lebih kurang enam kaki.

Mayat kesemua mangsa dibawa balik ke rumah oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek mengesahkan perkara itu. lapor sinar harian.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!