SAYU !! Mayat Bayi Ditemui Keadaan Menyayat Hati

SAYU !! Mayat Bayi Ditemui Keadaan Menyayat Hati

Bukit Mertajam – Manusia kini tidak berhati perut apabila sanggup membuang bayi perempuan di kawasan semak berhampiran sebuah sungai di Perai, di sini, hari ini.

Mayat bayi itu dijumpai seorang lelaki ketika sedang berehat di kawasan berhampiran.

Lelaki itu terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan sangat menyayat hati.

Sumber berkata, pada mulanya, lelaki itu tidak menyedari mayat bayi sehingga melihat seekor anjing menggonggong ‘sesuatu yang mencurigakan’ lalu di hadapannya.

Difahamkan, mayat itu ditemui tanpa tangan dan kepalanya terputus dipercayai dibuang di tepi sungai berhampiran sebuah kilang gula.

Dalam kejadian pada jam 1.22 petang itu, lelaki berusia 51 tahun pada mulanya menyangkakan anjing terbabit menggonggong anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah , Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati objek yang digonggong anjing itu adalah mayat seorang bayi.

“Apabila curiga, dia menghampiri dan menghalau anjing itu. Dia terkejut apabila mendapatinya adalah mayat bayi.

“Lelaki terbabit menghubungi polis memaklumkan kejadian. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana mayat bayi itu boleh berada di kawasan berkenaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih