SAYU !! “Maafkan Kami Adik” – Beri Juadah Berbuka Pada Kanak Syria, Reaksi Mereka Undang Kesayuan Mendalam

Powered by WP Review

SAYU !! “Maafkan Kami Adik” – Beri Juadah Berbuka Pada Kanak Syria, Reaksi Mereka Undang Kesayuan Mendalam – Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang lebih banyak pembaziran makanan berbanding bulan lain. Sepatutnya bulan sebegini kita lebih belajar untuk menghargai rezeki. Yang paling penting adalah bersederhana dalam makan. Betul tak?

Perkongsian kali ini buat hati admin sebak. Kalau kat Malaysia pembaziran berlaku, tengok sahaja keadaan anak kecil ini di Syria. Sayu rasa hati..

SAYU !! “Maafkan Kami Adik” – Beri Juadah Berbuka Pada Kanak Syria, Reaksi Mereka Undang Kesayuan Mendalam

Abang bawa makanan untuk adik

Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia telah memberi satu kesan pada diri saya.

Saya lihat, si adik menanti abang dia datang dengan wajah yang penuh dengan harapan.
Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah terus berubah wajah si adik menjadi sangat gembira.

Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman diwajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Maafkan kami

 

Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka. Tingkah laku adik beradik ni secara tak langsung telah buat saya rasa “Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah” Maafkan kami adik. Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar.
Muhammad bin Jantan
Anak Muda Yang Terkesan Melihat Anak-Anak Pelarian
– Muslim Volunteer Malaysia – MVM
#muslimvolunteermalaysia #untukmusyria

Netizen sayu

 

Admin sayu tengok anak kecil ini. Semoga Allah pelihara ke atas kamu adik. Bersyukurlah kita di Malaysia ini. Maafkan kami kerana hanya mampu berdoa..

Sumber : Ya Muhammad via ohbulan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih