SAYU !! Luahan Hati Staff MAS ‘MAAFKAN PAPA & MAMA, ZAYANI’

 
Zayani,
 
Hari ini pukul 11.30 pagi, ayah dan mama kena buang kerja. Ayah dan mama lepas ini bukan lagi kerja repair kapal terbang MAS.
 
Ayah dan mama minta maaf dekat Zyana, sebab selama ini kami banyak habiskan masa di tempat kerja. Hujung minggu pun ayah dan mama hantar awak pergi taska sebab kami pergi kerja.
 
Dulu ingatkan kalau kerja sungguh-sungguh, company sayangkan ayah dan mama. Rupanya bukan macam yang kami fikir.
 
Lepas ini ayah dan mama akan luangkan lebih masa untuk Zayani. Doakan ayah dan mama dapat kerja lain, yang banyak masa untuk kita bersama.
 
InsyaAllah, ayah dan mama yakin perancangan Allah itu yang terbaik. Love you anak.
 
__________________________________________________________
 
Demikianlah luahan hati bekas kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja. 
Difahamkan 6,000 kakitangan MAS diberhentikan secara berperingkat dalam masa setahun dengan bayaran pampasan sebagai ganti rugi. Ada yang menyambut baik keputusan Malaysia Airlines Berhad (MAB), ada jua yang mengeluh sayu.
 
Sudahlah diberhentikan dekat-dekat nak raya, dah tentu bekas-bekas kakitangan MAS kalut nak mencari kerja dalam masa yang singkat. Jika ada yang sudi menerima, alhamdulillah. Jika sebaliknya? – THEHYPEMEDIA.COM
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih