SAYU !! Luahan Hati Ibu Saudara Mangsa Rentung Nahas LPT2

Powered by WP Review

Luahan Hati Ibu Saudara Mangsa Rentung Nahas LPT2

SAYU !! Luahan Hati Ibu Saudara Mangsa Rentung Nahas LPT2 | Kota Bharu – Mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di Terengganu, Umar Rayyan Suhaimi, 6, berkelakuan manja dengan emak saudaranya sebelum kejadian itu semalam.

Asiah Che Haat, 56, berkata, tiga hari sebelum kejadian ngeri itu, Umar Rayyan datang ke rumahnya sambil berkelakuan manja dengan memeluk dan duduk di ribanya.

Luahan Hati Ibu Saudara Mangsa Rentung Nahas LPT2

“Umar Rayyan amat rapat dengan saya sejak dia kecil namun kelakuannya agak aneh dua tiga hari lepas iaitu dengan dia berkata Umar rindu mek, nak peluk mek dan nak minum air yang mek buat,” kata Asiah ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Tempoyak di sini hari ini.

Asiah yang mempunyai 13 orang anak menganggap Umar Rayyan seperti anaknya sendiri dan amat sedih dengan kejadian berkenaan.

“Saya terbayang-bayang Umar bermain basikal di halaman rumah,” katanya.

Rumahnya terletak berhampiran dengan rumah Umar Rayyan, lapor Bernama.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...