SAYU !! Jururawat Hamil 3 Bulan Maut Kemalangan

SAYU !! Jururawat Hamil 3 Bulan Maut Kemalangan – Jururawat hamil tiga bulan maut, selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah lori yang membuat pusingan U, dekat Jalan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mangsa, Noorazlia Idris, 26, yang bekerja di pusat dialisis swasta meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

SAYU !! Jururawat Hamil 3 Bulan Maut Kemalangan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang dari Rawang ke rumahnya di Tasik Puteri.

“Ketika melalui lokasi, sebuah lori pasir jenis Hino dipercayai membuat pusingan U dan memasuki jalan dilalui mangsa lalu bertembung dengan motosikal ditungganginya.

“Akibatnya, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori terbabit dan beliau memberi kerjasama penuh dalam siasatan kes.

Difahamkan, mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan sedang hamil anak kedua.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih