SAYU !! Demi Kasih, Isteri Sarat Hamil Setia Ikut Suami

SAYU !! Demi Kasih, Isteri Sarat Hamil Setia Ikut Suami

SEBUAH perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook mengenai pengorbanan isterinya menarik perhatian netizen.

Pemilik akaun bernama Ahmd Fzi turut memuat naik gambar isterinya yang sarat mengandung sedang lena tidur di atas kerusi ketika menemaninya bekerja menyentuh hati pelayar lain.

“Ini isteri saya, saya cerita pengorbanan seorang isteri dan juga seorang ibu, masa ni di Johor Premium Outlets (JPO) baru lepas hantar dokumen sekeping ke JB.

“Saya kerja dari pagi kemudian memandu ke Johor Bahru, dia kesian tengok saya dan kemudian dia pulak yang memandu.

“Bila dapat duduk kat kerusi JPO dia tidur memang lena walaupun baru sekejap” tulisnya yang bekerja sebagai seorang penghantar.

Malah tulis Ahmd Fzi, isterinya yang dikenali sebagai Ema itu juga pernah mengikutnya mengutip kotak dan tin di sekitar Shah Alam demi untuk mengumpul duit untuk dijadikan belanja perkahwinan mereka.

“Susah kita nak cari pasangan yang boleh susah payah bersama-sama.

“Kepada Aisyah (anak perempuan mereka), dengar cakap mama. Mama awak dah cukup banyak berkorban untuk kita, dan abah akan cuba sentiasa berusaha untuk bagi awak yang terbaik,” luahnya lagi.

Perkongsian oleh lelaki berkenaan dikongsi oleh 1, 704 pelayar dan mendapat 16,255 like sejak semalam.

Tinjauan di ruangan komen di Facebooknya mendapati rata-rata netizen terharu dengan pengorbanan dan mendoakan pasangan ini.

“Sedih baca dan tengok foto ini, semoga kalian sekeluarga selalu dalam lindungan ALLAH SWT amin,” tulis Ct Nadia Yaallah

Sementara itu, Rozita Hana Johari menulis, “memang kesian sangat… Amin. Saya doakan yang terbaik buat kalian berdua. Jadilah suami yang terbaik bila ALLAH telah anugerahkan kita isteri yang terbaik jagalah dia seperti permaisuri.”

Syamimi Abllah pula menulis untung suaminya dapat isteri yang sanggup susah senang bersama dan untung juga isterinya dapat suami yang menghargainya. lapor Sinar Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!