SAYU !! Bayi Ini Perlu RM250,000 Untuk Pembedahan Hati

SAYU !! Bayi Ini Perlu RM250,000 Untuk Pembedahan Hati

Kuala Lumpur – Seorang bayi perempuan berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia atau kegagalan fungsi hati memerlukan bantuan kira-kira RM250,000 untuk membolehkannya melakukan pembedahan hati di India.

Nik Nur Amni Rania Nik Mohd. Hafizi berasal dari Batu 6, Kuantan, Pahang kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini sejak Ahad lepas dan perlu menjalani pembedahan segera.

Ibunya, Ainiazura Ruslan, 23, berkata, anak sulungnya itu mula dikesan mempunyai masalah hati ketika berusia dua minggu sebelum menjalani pembedahan membuang hempedu ketika berusia sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

“Kos pembedahan yang tinggi diperlukan untuk mengubati anak saya. Kalau mahu lakukan pembedahan di Singapura memerlukan kos kira-kira RM1 juta manakala di hospital tempatan terpaksa menunggu giliran yang lama,” katanya kepada di sini hari ini.

Ainiazura dan suaminya, Nik Mohd. Hafizi Nik Mat, 27, yang bertugas sebagai pembantu tadbir berharap anak mereka akan sembuh dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Katanya, dia bersedia menjadi penderma hati kepada anaknya berikutan jenis darah yang dimiliki adalah sama.

“Jika pembedahan ini berjaya Rania hanya perlu mengambil satu jenis ubat sahaja berbanding sekarang dia terpaksa bergantung kepada lima jenis ubat,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 506098521021 atas nama Ainiazura Ruslan atau menghubungi di talian 014-5242286, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih