SAYU !! Amira Kerap Mengigau Memanggil Ibu Bapanya

SAYU !! Amira Kerap Mengigau Memanggil Ibu Bapanya

KUALA LUMPUR: Kehilangan ibu bapa secara mengejut akibat kemalangan dua bulan lepas masih menjadi igauan kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, yang kini terpaksa menyambut Aidilfitri hanya dengan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4.

Bapanya, Fairuz Nizam Husain adalah mangsa kemalangan yang maut bersama isteri dan bayi perempuan mereka dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) di sini pada 2 Mei lalu.

Ibu saudara mereka, Izzat Hasif, 30, berkata lebih menyedihkan Nur Firuza Amira selalu mengigau dan terbawa-bawa bayangan insiden yang menimpa kedua ibu bapa dan adik perempuannya itu dalam tidurnya.

“Amira (Nur Firuza Amira) akan memanggil “papa dan mama” ketika tidur.

“Sebak saya mendengar apabila Amira menyebut nama arwah, saya berharap dia tabah menghadapi dugaan ini,” katanya kepada Bernama.

Perjalanan kehidupan dua kanak-kanak itu masih banyak likunya selain mereka kehilangan tempat berteduh daripada Fairuz Nizam, 35, ibu mereka Nova Safitri Azhari, 25, dan adik bongsu, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan.

Izzat berkata keadaan kedua-dua beradik berada dalam keadaan baik dan sihat.

Beliau berkata kini Amira dan adiknya diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka iaitu Yusnida Wan Hussain, kakak kepada arwah Fairuz Nizam dan mereka dijaga di rumah nenek mereka di Taman Batu Muda, Gombak.

Menurutnya, segala kebajikan dan keperluan persekolahan Amira dijaga dengan baik dan diuruskan oleh ibu saudara mereka.

“Dari segi pergaulan Amira dengan keluarga dan rakan-rakannya di sekolah tiada masalah dan berjalan lancar, jika tidak sebelum ini dia banyak mendiamkan diri,” katanya. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih