SAYU !! 3 Gambar Keadaan Ramadan Di Gaza

SAYU !! 3 Gambar Keadaan Ramadan Di Gaza

Dewan Perniagaan Palestin di Gaza berkata semalam, hampir dua juta penduduk wilayah berkenaan mengharungi Ramadan dalam keadaan ekonomi terburuk sejak puluhan tahun lalu.

Keadaan itu berpunca daripada keganasan Israel terhadap wilayah berkenaan dan kesan daripada kepungan rejim Zionis yang masuk tahun kesembilan.

Pengarah Perhubungan Awam Dewan Perniagaan Palestin di Gaza Maher Al-Tabbaa berkata, penduduk wilayah berkenaan juga menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan kadar pengangguran dan paras kemiskinan paling tingggi pernah dicatatkan.

Kadar pengangguran kini ialah 55 peratus, bermakna suku daripada sejuta individu di Gaza tidak mempunyai pekerjaan.

“Lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Mereka mewakili 60 peratus daripada jumlah penduduk wilayah ini. Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 39 peratus.

Daripada jumlah itu, 21 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau,’” kata Maher.

Menurutnya, Ramadan juga tiba ketika pasaran terjejas akibat kemelesetan ekonomi dengan kebanyakan kegiatan perdagangan, khususnya yang penting, tidak berkembang kerana mengalami penurunan jualan akibat kuasa membeli yang lemah dalam kalangan penduduk.

ramadan-di-gaza2

Menurut Maher, pepera­ngan 51 hari yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza tahun lalu meningkatkan jumlah penganggur di wilayah itu sebanyak 200,000 orang lagi.

“Mereka adalah pencari rezeki untuk kira-kira 900,000 orang,” katanya.

Untuk meringankan beban penduduk Gaza, Maher menggesa badan antarabangsa memberi tekanan terhadap Israel bagi memaksa rejim Zionis itu menarik balik kepungan dan membuka semua laluan perdagangan serta pelabuhan.

Menurut kenyataan Bank Dunia bulan lalu, kadar pengangguran di Gaza adalah antara yang paling tinggi di dunia.

“Hampir 80 peratus penduduk menerima satu bentuk bantuan dan 40 peratus hidup di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Rejim Zionis mengepung Gaza sejak Hamas memenangi pilihan raya tempatan pada Januari 2006, kononnya untuk mengekang keganasan yang dilakukan kumpulan itu. lapor myMetro

ramadan-di-gaza3

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih