Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim – Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman, pada Selasa melancarkan satu program wakaf sebanyak 100,000 pokok kurma bagi membantu anak yatim, lapor portal Arab News.

Ia melibatkan Persatuan Kebajikan Takaful bagi Jagaan Anak Yatim di Madinah yang ketika ini menjaga lebih 8,000 anak yatim, termasuk dalam memberikan sokongan berterusan dari segi kehidupan, kesihatan dan pendidikan.

Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Putera Faisal merupakan pengerusi lembaga pengarah persatuan itu. Menurut setiausaha agung organisasi tersebut, Abdul Mohsin Al-Harbi, secara purata setiap pokok kurma itu dianggarkan berharga 600 riyal (kira-kira RM710).

Ini termasuk kos asas pokok, nilai tanah dan penjagaannya selama dua tahun sehingga ia matang berbuah seawal usia empat tahun serta mampu mengeluarkan hasil sehingga 176 kilogram setiap kali musim penuaian.

Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak YatimGabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman.

Saudi Wakaf 100000 Pokok Kurma Bantu Anak Yatim

Sebagai tanda sokongan bagi projek itu yang dilancarkan buat julung kalinya, Putera Faisal sendiri membeli 100 batang pokok kurma dan membuka peluang bagi derma yang ingin dihulurkan oleh orang lain dan para dermawan.

Menurut Abdul Mohsin, projek amal itu akan berterusan dan dapat bertahan selama bertahun-tahun bagi membiayai pelbagai inisiatif lain sekali gus mampu untuk membantu ribuan anak yatim, menurut Arab News.

Beliau menambah, projek itu juga hasil kajian dijalankan selama setahun. Kurma ialah tanaman menguntungkan di rantau Asia Barat dan makanan popular dalam kalangan penduduk tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin