Samsung Sahkan Bateri Punca Note 7 Terbakar

Samsung Sahkan Bateri Punca Note 7 Terbakar | KOREA SELATAN. Samsung Electronics Co Ltd berkata, pengeluaran telefon pintar Galaxy S akan ditangguhkan bagi meningkatkan keselamatan produk berikutan siasatan terhadap punca kebakaran terhadap peranti Note 7.

punca note 7 terbakar

Mengakhiri siasatan panjang terhadap punca Note 7 terbakar, pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia itu berkata, bateri yang rosak dari dua pembekal dituduh menjadi punca kegagalan produk berkenaan yang menyebabkan kerugian AS$3.3b (RM23.2b) dalam keuntungan operasi.

Ketua bahagian telefon bimbit Samsung, Koh Dong-jin berkata, prosedur diletakkan sebagai paling utama untuk mengelakkan berlaku kebakaran berulang.

Samsung Sahkan Bateri Punca Note 7 Terbakar

“Pengajaran terhadap insiden ini sangat memberi kesan kepada budaya kami dan proses,” kata Koh

Bagaimanapun Koh berkata, Galaxy S8 tidak akan dilancarkan pada Kongres Mudah Alih dunia (MWC) di Barcelona bermula 27 Feb ini, iaitu forum di mana Samsung kebiasaanya akan melancarkan produk premium mereka.

Beliau tidak mengulas lanjut sama ada syarikat itu akan melancarkan telefon bimbit baharu.

Reputasi Samsung merudum selepas mengumumkan penarikan balik Note 7 yang mudah terbakar selepas beberapa laporan peranti berkenaan terbakar.

Siasatan oleh pakar dalaman bebas menolak masalah berkaitan perkakasan dan perisian Note 7, kata Samsung.

Sebaliknya, pembuatan dan kecacatan reka bentuk dalam Note 7 menyebabkan litar pintas, kata Koh.

Samsung Sahkan Bateri Punca Note 7 Terbakar

Samsung Electronics tidak menamakan pembekal bateri pada Isnin tetapi sebelum ini dikenal pasti sebagai Samsung SDI Co Ltd dan China’s Amperex Technology Ltd (ATL).

SDI berkata dalam satu kenyataan, syarikat itu akan melabur AS$128.56 juta (RM 570j) untuk meningkatkan keselamatan produk dan dijangka terus membekalkan bateri untuk telefon Samsung.

Samsung berkata, ia menerima tanggungjawab untuk meminta pembekal bateri untuk memenuhi spesifikasi tertentu dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Antara langkah-langkah lain untuk meningkatkan keselamatan, Samsung berkata ia telah melaksanakan sistem mendaftar bateri lapan mata untuk mengelakkan sebarang masalah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih