Samsung Galaxy S8 Mungkin Dilengkapi Butang Fizikal Khas

Samsung Galaxy S8 Mungkin Dilengkapi Butang Fizikal Khas – Ayat magis tahun ini ialah pembantu maya dengan kecerdasan buatan. Google memulakannya dengan Google Assistant pada peranti Pixel. Buat masa ini Google Assistant ialah fungsi eksklusif pada peranti Pixel dan tiada perancangan rasmi untuk memberikannya kepada peranti Android lain. Pengeluar lain terpaksa membangunkan pembantu maya kecerdasan buatan mereka sendiri seperti Samsung dengan Bixby.

Samsung Galaxy S8 Mungkin Dilengkapi Butang Fizikal Khas

Samsung Galaxy S8 Mungkin Dilengkapi Butang Fizikal Khas

Rekaan CAD untuk kerangka peranti yang didakwa Samsung Galaxy S8 tertiris hari ini dengan butang tambahan pada sisi kiri.  Selalunya peranti Galaxy S akan mempunyai butang kuasa pada sisi kanan dan dua butang suara pada sisi kiri. Dari imej di atas terdapat butang ke empat pada sisi kiri peranti. Spekulasi mengatakan ini mungkin butang khas untuk melancarkan Bixby. Pengguna tidak perlu menyahkunci peranti untuk menggunakan arahan suara seperti sekarang. Idea yang menarik tetapi buat masa ini masih lagi tiada bukti kukuh kebenarannya. – amanz.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih