“Rupanya GST Jadi Penyelamat Kewangan Negara” – Kata Ahmad Maslan

“Rupanya GST Jadi Penyelamat Kewangan Negara” – Kata Ahmad Maslan

Kuala Terengganu – Jawatankuasa Penerangan Umno bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016, sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.

Untuk itu, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno bahagian, Puteri, Wanita dan Pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas, bagi memberi penjelasan tentang Bajet 2016, agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.

“Semuanya (mengenai Bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’ dalam Bajet 2016. Maka, itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat.

“Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi, kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Pidato Umno peringkat Zon Timur, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan Bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih