“RM 150,000 Sahaja” – Foto Rumah Mampu Milik Johor Tarik Tumpuan Netizen

“RM 150,000 Sahaja” – Foto Rumah Mampu Milik Johor Tarik Tumpuan Netizen – Satu foto yang memaparkan salah sebuah RumahMampu Milik Johor Taman Daya menjadi tumpuan ramai apabila ia dimuat naik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Latif Bandi di Twitter.

"RM 150,000 Sahaja" – Foto Rumah Mampu Milik Johor Tarik Tumpuan Netizen

Foto tersebut memaparkan rekaan unik rumah teres dua tingkat terbabit yang berbentuk segi empat.

Menurut Datuk Latif Bandi, rumah berkeluasan 1,080 kaki persegi itu cuma berharga RM 150,000 sahaja.

Rumah Mampu Milik Johor Taman Daya ini berharga RM 150,000 berkeluasan 1080 kaki persegi.” tulis beliau.

Harga yang murah itu seterusnya menarik perhatian ramai warga internet yang kemudian memviralkan posting terbabit sehingga mendapat lebih 2,000 retweet.

Ketika ditanya sama ada bukan warga Johor boleh atau tidak memohon untuk rumah berkenaan, Datuk Latif Bandi berkata: “Syarat perlulah 5 tahun menetap di Johor minima“.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih