Rezeki Makan Steak ‘MENATE’ Percuma, Gara-Gara Di Maki Azwan Ali..

Rezeki Makan Steak ‘ MENATE ‘ Percuma, Gara-Gara Di Maki Azwan Ali.. 

Diva popular, Azwan Ali telah memuatnaik tweet menerusi akaun Twitter peribadinya yang bertanyakan restoran mana yang menghidangkan steak kerana beliau mengidam untuk berbuka puasa dengan menu tersebut.

“Salam. Nak steak la todayyyy! Nak cari cafe yang tak sesak Melayu Jebawokkk! Any ideas?,”

Pertanyaan selebriti popular itu telah dijawab dengan pantas oleh Ajiwaaa atau @NurAziraWA dengan jawapan ‘ MENATE ’.

Namun, jawapan yang diberikan gadis itu telah disalah erti oleh Azwan Ali lalu pelbagai maki hamun dilemparkan tanpa belas kasihan.

“Sundal bertudung paling binatang #Menyalak real anjing! #Puiii Puas hati tak neraka?”

Terkejut dan tidak menyangka tweet balas dari Azwan. Nur Azira menjawab “I means steak house Menate laaa divaaa. Apa ni?”

menate

Susulan daripada itu, ramai yang mengecam tindakan biadab Azwan Ali yang melemparkan ayat kurang hajar itu kepada follower Twitternya.

menate

 

Menate

Namun, perkara itu mendapat perhatian pemilik restoran berkenaan dan telah mengajak Nur Azira berbuka puasa di Menate Steak Hub.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih