Resepi Tapai Pulut Putih Paling Sedap

Resepi Tapai Pulut Putih Paling Sedap – Saya sekeluarga merupakan pengemar tegar tapai pulut. Jika buat 2 kilo pulut dapat tahan 2 hari sahaja. Lepas tu licin habis tinggal bekas sahaja. Ada orang suka tapai yg kering, maksudnya air tapai tu keluar dari bungkusan tapai. Ada yg suka jenis berair, air tapai ada dalam bungkusan. Kami suka jenis yang berair.

Resepi Tapai Pulut Putih

Resepi Tapai Pulut Putih Paling Sedap

Betul ke buat tapai ni ada banyak pantang larang? Saya pun tak tahu sejauh mana kebenaran tu. Dula saya pun takut nak cuba sebab dengar macam leceh ja nak buat dengan pantang larang bagai.

Satu hari rasa nak cuba juga buat sebab dah teringin sangat nak makan. Tambah pula tempat saya tinggal ni susah nak jumpa tapai yang manis dan sedap seperti saya makan di kampung. Pernah membeli beberapa kali tapi semua tak sedap tawar la, masam la. Jadinya masuk tong sampah.

Tekad mencuba dan alhamdulillah menjadi tapai saya tu. Manis dan sedap. Wahhh puji diri pula, tapi memang betul sedap dan manis. Rupa-rupanya tak da susah mana pun nak buat tapai ni. Bab pantang larang tu saya tak pasti sebab saya buat menjadi ja. Jadi disebabkan tapai yang saya buat menjadi, maka saya nak kongsi resepi tapai pulut paling senang dan kompom jadi. Masa saya cerita di blog saya ni dah tiga kali saya buat dan hasilnya sama. Sedap dan manis. Nak tahu resepinya?

  • 2 kg beras pulut
  • 1 biji ragi (15gm)
  • Bekas kecil

Cara-caranya Resepi Tapai Pulut Putih:

  1. Masak pulut hingga masak. Sejukkan pulut yang telah masak di atas talam, rata-ratakan pulut tu di atas talam supaya nanti senang nak tabur ragi. (*pastikan pulut betul-betul sejuk ye)
  2. Setelah pulut sejuk, hancurkan ragi dalam mangkuk dan sudukan ragi yang telah hancur ke dalam penapis.
  3. Kemudian ayakkan ragi tu di atas pulut yang telah sejuk tadi. Kemudian kaup balik pulut tadi dan taburkan lagi ragi dan gaul lagi sehingga ragi sekata.
  4. Sudukan pulut ke dalam bekas kecil untuk proses penapaian. Agak-agak ja banyak mana nk letak. Ikut suka.
  5. Kemudian peram tapai dalam bekas yang gelap dan tutup rapat. Peram selama 2 hari 2 malam ye. Selepas peram boleh masukkan tapai ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh la ngappp.

Resepi Tapai Pulut Putih Paling Sedap, Tak ada petua apa-apa pun. Saya buat sama macam ni. Dahulukan dgn Bismillah ☺

Sumber: Maziah Ismail

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin