Resepi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Powered by WP Review

Resepi Kari Kepala Ikan Paling SedapResepi ikan yang paling menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia samada malayu, cina dan india iaitu kari kepala ikan. Hidangan yang pastinya akan membuka selera kita untuk tengahari atau pun makan malam. Walaupun memakan kepala ikan tidak digalakkan dalam islam tetapi menu ini tetap menjadi pilihan. Disini admin kongsikan resepi masakan ini pastinya membuat ramai yang terliur.

resepi kari kepala ikan

Resepi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Bahan-bahan :

1 ketul kepala ikan (jenis ikut suka)
7 biji kacang bendi
5 biji cili kering (tak perlu potong)
2 tangkai daun kari
100 ml santan pekat (5 sudu)
2 sudu besar pes asam jawa
1 paket kecil rempah kari ikan (jenama ikut suka)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumis Resepi Kari Kepala Ikan:

5 ulas bawang kecil (di hiris)
5 ulas bawang putih (di hiris)
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar biji jintan manis

Cara Menyediakan :

1. Masak bahan tumis hingga naik bau,masukan daun kari, cili kering kacau sebentar masuk pula rempah kari,serbuk kunyit,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih,tambah sedikit air,masak hingga naik minyak,masuk pula pes asam jawa dan kepala ikan,tambah air sehingga paras ikan,

2. Jangan terlalu banyak air untuk kuah yang pekat, perasakan dengan garam, biar mereneh sehingga ikan masak, masuk kacang bendi dan santan,biar mereneh sehingga bendi lembut,tutup api.

Cadangan hidangan: Potong bawang besar, cili dan kicap.

Tips: Nak kari yang sedap masukkan 3 ulas bawang putih tanpa di ketuk atau di hiris semasa masuk kacang bendi, jika suka boleh tambah buah tomato, tapi kuah ikan tak tahan lama dan akan cepat basi.

Selamat mencuba Resepi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!