Resepi Bubur Nasi Simple Dan Sedap

Resepi Bubur Nasi Simple Dan Sedap – Kali ini admin kongsikan resepi bubur ayam ala McD yang simple dan sedap. Resepi buburini kedengarannya biasa-biasa sahaja, tapi jangan salah, bubur ayam ala McD ini juga menu yang cocok untuk seisi keluarga. Paling sedap mencicipi bubur ayam ala McD saat buburmasih panas, resepi buburayam ala McD ini sangat mudah di masak sendiri di rumah, berikut ini langkah langkah cara membuat bubur nasi ayam ala McD dan cara menyediakan bubur bersama-sama dengan ikan bilis serai. Senang aje menyediakan bubur ini.

resepi bubur nasi

Masukkan bahan-bahan yang menyedapkan bubur. Boleh masukkan isi ayam, kentang, cendawan tiram dan sotong.

Resepi Bubur Nasi Simple Dan Sedap

Mari ikuti Resipi Bubur Nasi dan Ikan Bilis

Bahan Bubur Nasi:

  • 1/2 cawan beras dimasak dengan air yang banyak

Bahan yang dimasukkan sekali:

  • 2 ulas bawang putih ketuk
  • 1 batang serai titik
  • 2 hiris halia
  • Segenggam isi ayam
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji kentang dadu
  • Segenggam cendawan tiram
  • 1 sk pati ayam
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam

Cara Menyediakan Resepi Bubur Nasi:

1) Semua bahan dimasukkan sekali, kecuali cendawan tiram.
2) Masukkan cendawan diakhir proses setelah bubur tadi masak.
3) Angkat dan hidangkan bersama ikan bilis serai.

Bahan Ikan Bilis Serai

  • Segenggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai hiris nipis

Cara Menyediakan Ikan Bilis Serai

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawang besar.
2) Bila bawang nampak layu dan ikan bilis nampak hampir garing, masukkan serai.
3) Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi.
4) Angkat dan hidangkan. 🙂

Selamat mencuba…

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih