Resepi Biskut Raya Coklat Chip & Kacang Sedap

Powered by WP Review

Resepi Biskut Raya Coklat Chip & Kacang Sedap – Bila tiba musim perayaan sudah menjadi kemestian juadah biskut raya kegemaran setiap rumah. Kali ini admin nak kongsiresepi biskut raya coklat chip & kacang. Resepi biskut ini pastinya menjadi kesukaan pada kanak-kanak kerana gabungan rasa coklat, chip dan kacang. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakan Biskut Raya Coklat Chip & Kacang.

resepi biskut raya coklat chip

Resepi Biskut Raya Coklat Chip & Kacang

Bahan-Bahan:

180 gm butter
150 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung gandum
80 gm gula kaster
80 gm chocolate chips
100 gm kekacang – almond, sunflower seeds
59 gm cornflakes – ramas kasar
50 gm shortening
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Putar gula dan butter hingga berkembang. Kemudian masukkan shortening dan kacau.

2. Satukan garam, soda bicarbonat, dan semua tepung-tepung. Kemudian, masukkan ke dalam adunan mentega selepas itu kacau rata.

3. Masukkan segala kacang, coklat chips, dan cornflakes kemudian kacau rata dengan menggunakan sudu. Sudukan adunan sehingga berbentuk seperti biji guli.

4. Siapkan loyang dan lengserkan dengan sedikit butter dan sudukan adunan tadi kedalam loyang. Beri sedikit jarak antara adunan biskut kerana biskut akan mengembang.

5. Akhir sekali, bakar menggunakan oven bersuhu 160 drajah celcius selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

6. Keluarkan biskut dari oven dan biarkan sejuk ketika. Kemudian, barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

No Responses