Gara-Gara Remaja Ini Sibuk Berswafoto Sampai Tak Sedar Rakan Lemas

Remaja Ini Sibuk Berswafoto Sampai Tak Sedar Rakan Lemas

Remaja Ini Sibuk Berswafoto Sampai Tak Sedar Rakan Lemas – IA merupakan detik-detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.

Kejadian berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.

Remaja Ini Sibuk Berswafoto Sampai Tak Sedar Rakan Lemas

Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil.

Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.

“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.

Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun.

Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ.

Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit.

Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai.

Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.

___________________________________________________________

Patung Lego Berharga RM60,000 Ditolak Jatuh Oleh Budak Umur 4 Tahun… Apa Tindakan Tokey Lego Buat Semua TERGAMAM – NINGBO: Tidak sampai sejam selepas pameran bongkah permainan LEGO bermula, sebuah patung yang dibina sepenuhnya daripada kepingan LEGO tumbang dan hancur selepas ditolak seorang kanak-kanak.

Lebih menyedihkan, pembina patung berkenaan mengambil masa selama tiga hari tiga malam untuk menyiapkan patung karikatur Nick yang tampil dalam filem Animasi Zootopia.

Patung Lego Berharga RM60,000 Ditolak Jatuh Oleh Budak Umur 4 Tahun… Apa Tindakan Tokey Lego Buat Semua TERGAMAM

Insiden tersebut dikongsi oleh pembina patung, Zhao, di laman sosial China Weibo.

Menurut CCTV News, Zhao telah menerima permohonan maaf daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dipercayai berusia sekitar empat hingga lima tahun.

Zhao tidak meminta sebarang ganti rugi daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut

“Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memusnahkannya,” ujar Zhao.

Media tempatan turut melaporkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di China mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak selepas gambar yang dikongsi Zhao viral.

Netizen kebanyakan menyalahkan ibu bapa yang enggan bertanggungjawab dan permohonan maaf semata-mata tidak mencukupi.

Sisa patung LEGO yang berderai di lantai dewan pameran – Foto Facebook/CCTV News

Kisah Zhao turut viral memandangkan insiden yang hampir serupa telah berlaku 17 Mei lalu di Muzium Kaca Shanghai.

Dua orang kanak-kanak lelaki telah memusnahkan salah satu arca kaca yang dipamerkan di muzium tersebut.

Rakaman video litar tertutup muzium mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut berada di tempat kejadian namun tidak melarang sebaliknya merakam perbuatan anak-anak mereka dengan telefon pintar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih