Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go 50% Pada Musim Cuti Tahun Baru Cina

Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go 50% Pada Musim Cuti Tahun Baru Cina – Sebagai langkah untuk menyuraikan trafik dan menggalakkan orang ramai merancang perjalanan balik kampung ketika musim cuti sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, PLUS Berhad bakal memberikan rebat tol sebanyak 50% bagi pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membayar tol secara elektronik untuk perjalanan selepas tengah malam di dua rangkaian lebuh rayanya.

Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go

Menurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail, rebat berkenaan akan diberi kepada penguna rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di antara jam 12 malam hingga 6 pagi pada 27 Januari, 30 Januari, 3 Februari dan 4 Februari ini.

Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go 50% Pada Musim Cuti Tahun Baru Cina

Pada hari-hari yang dinyatakan, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa, tetapi rebat tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka dalam bentuk Tambah Nilai apabila mereka menambah nilai kad elektronik masing-masing di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di antara 15 Februari 2017 hingga 14 Mei 2017.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak ditawarkan bagi pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go 50% Pada Musim Cuti Tahun Baru Cina

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama negara tersebut setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan berkenaan. Jumlah tersebut merupakan pertambahan sebanyak 15 peratus berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa.

“Ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagikan sebahagian daripadanya ke waktu malam hingga awal pagi,” jelas Azman. Rebat Tol PLUSMiles Dan Touch ‘n Go 50% Pada Musim Cuti Tahun Baru Cina

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih