Rakyat Tidak Boleh Terima Alasan Kenaikan Tol Kerana Kos Penyenggaraan…

Rakyat Tidak Boleh Terima Alasan Kenaikan Tol Kerana Kos Penyenggaraan…

Kadar kenaikan tol berjadual memberikan ruang kepada syarikat konsesi untuk menyerap kos pembiayaan dan penyenggaraan yang semakin meningkat secara lebih baik serta sebagai caj perkhidmatan.
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) berkata pertimbangan untuk menaikkan kadar tol bukan semata-mata berdasarkan perjanjian antara kerajaan dan operator tol, tetapi juga berdasarkan perjanjian antara operator tol dan pembiaya mereka.

“Walaupun persatuan menghargai pandangan diberikan dalam artikel itu, kami mahu memberi penjelasan terhadap beberapa salah tanggapan dalam hujahan terhadap kenaikan tol seperti dipaparkan,” katanya sebagai respons terhadap laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 7 Julai mengenai kemungkinan tol dinaikkan.

“Seperti dihujahkan dalam artikel itu kadar tol tidak patut dinaikkan ekoran kesesakan trafik masih menjadi isu, persatuan ingin menjelaskan terdapat banyak faktor yang mewajarkan kenaikan, misalnya, konsesi lebuh raya meminjam dan membelanjakan ratusan juta bagi pembangunan dan fasiliti lebuh raya.

“Lebuh raya dan fasiliti perlu disenggarakan secara tetap dan dinaik taraf untuk keselesaan dan kemudahan pengguna, manakala fasiliti dan infrastruktur baharu perlu dibina … kutipan tol membolehkan konsesi membiayai perbelanjaan berkenaan,” katanya.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!