RAKYAT SUSAH HATI SEKARANG !! 9 Dari 10 Rakyat Kini Bergelut Dengan Kos Sara Hidup..

RAKYAT SUSAH HATI SEKARANG !! 9 Dari 10 Rakyat Kini Bergelut Dengan Kos Sara Hidup..

GST Malaysia 6% : 9 Daripada 10 Rakyat Malaysia Bergelut dan bekerja Keras Dengan Lonjakan Kos Sara Hidup Hari Ini!

Jikalau disemak mellaui laporan berita TV3, TV1 dan akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian semuanya yang indah-indah belaka sahaja. Kerajaan berjaya mengaut dan memenuhkan kantung mereka sejumlah berbilion-bilion ringgit daripada rakyat Malaysia, GST antara terbaik di dunia, GST mampu turunkan harga barang.
Walaubagaimanapun hakikat yang ditunjukkan baru-baru melalui kajian yang dilakukan oleh Jobstreet mendedahkan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan pelaksanaan GST Malaysia.

Kesan GST Malaysia 6% : Senarai Hasil Kajian Jobstreet?

9 daripada 10 orang rakyat Malaysia sedang bergelut dan bekerja keras untuk berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup dek kerana GST

90% daripada 1,454 pekerja yang merupakan responden Jobstreet tidak mampu menampung perbelanjaan harian sejak GST Malaysia dilaksanakan

47% mula bawa bekal, menggunakan pantri dengan lebih kerap, dan berkongsi kereta bagi menampung perbelanjaan mereka

56% bergerak makan tengahari bersama-sama rakan-rakan mereka

40% memerlukan kenaikan gaji naik sejumlah antara 10% hingga 20%

36% pula perlu menerima kenaikan gaji naik antara 20% hingga 50% untuk berhadapan dengan kesan cukai GST Malaysia

63% mendesak untuk menerima elaun petrol

Persoalannya sekarang ini apa tindakan kerajaan Malaysia untuk terus membantu golongan dan kumpulan yang sering tertindas dek kerana pelaksanaan GST?

Rakyat Malaysia masih lagi boleh menerima jikalau GST dilaksanakan untuk permulaan 2-3% sahaja dan cukai pendapatan diturunkan. Tetapi jikalau cukai GST diambil 6% dan dan cukai pendapatan hanya diturunkan sedikti sahaja, relevan lagi slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih