‘Raja Bomoh’ Cuba Lindungi Malaysia Dari Serangan Nuklear Korea Utara

Powered by WP Review

“Raja Bomoh Sedunia” Malaysia, telah menawarkan khidmatnya untuk membantu melindungi negara ini daripada serangan nuklear Korea Utara. Rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ dengan panggilan Datuk Mahaguru sedang melakukan ritual di sebuah pantai telah menjadi tular.

'Raja Bomoh' Cuba Lindungi Malaysia Dari Serangan Nuklear Korea Utara

Video menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantu berada di pantai memegang dua biji kelapa, dua batang kayu yang dijadikan teropong, lima meriam buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

‘Raja Bomoh’ Cuba Lindungi Malaysia Dari Serangan Nuklear Korea Utara

“Upacara kali ini adalah untuk melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara lain terutama Korea Utara,” kata Ibrahim yang dipetik daripada sebuah portal Melayu.

“Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya melepaskan sebelas rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi sekarang (pembunuhan Kim Jong-nam ) ” katanya.

Menjelaskan penggunaan meriam buluh, dia berkata upacara ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak tetapi merupakan peringatan bahawa konflik ini akan diselesaikan tidak lama lagi.  – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih