Punca Video Lelaki Liwat Anjing Di Teluk Intan Yang Tersebar

Video Lelaki Liwat Anjing

Punca Video Lelaki Liwat Anjing Di Teluk Intan Yang Tersebar – Rakaman Perbuatan jijik seorang lelaki melakukan hubungan luar tabii dengan seekor anjing  kini tular di laman media sosial.

Lelaki itu dirakam berbuat demikian pada Rabu, di depan pintu pagar sebuah kedai aksesori kereta, di Jalan Changkat Jong, di sini.

Dalam video yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 37 saat itu, lelaki terbabit dilihat mendukung anjing tersebut sebelum duduk di depan premis sambil melakukan perbuatan jijik terhadap haiwan itu.

Punca Video Lelaki Liwat Anjing Di Teluk Intan Yang Tersebar

Pemilik kedai aksesori terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi pada cuti Deepavali lalu.

“Pada masa kejadian, kedai belum buka lagi namun bila saya sampai dan periksa CCTV, baru nampak perbuatan lelaki itu.

“Difahamkan, lelaki terbabit adalah gelandangan dan mungkin kurang siuman yang selalu berkeliaran di kawasan berhampiran.

“Anjing berkenaan juga dipercayai anjing tidak bertuan dan sering berada di kawasan sekitar,” katanya

Menurutnya, dia tidak berniat memperbesarkan perkara itu dan hanya berkongsi rakaman CCTV dengan kawan serta tidak menyangka ia kemudian menjadi tular.

Sementara itu menurut maklumat penduduk setempat, lelaki yang melakukan perbuatan jijik itu dipercayai gelandangan berusia 40-an.

Suspek dikatakan sering ditemui mundar-mandir di kawasan perumahan Kampung Bharath, Teluk Intan, dan restoran nasi kandar terkenal di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih