Punca TMJ Arah Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Di Negeri Johor

Punca TMJ Arah Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Di Negeri Johor

Segamat – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua jabatan dan bangunan di negeri Johor supaya menurunkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang.

Menurut satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV, arahan tersebut dikeluarkan berikutan sambutan hari kebangsaan telah pun selesai, maka bendera tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing- masing.

“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, semua Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta merta kerana sambutan sempena Hari Kebangsaan telah selesai.

“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing” ujar kenyataan di dalam surat yang ditandatanggani oleh Pegawai Daerah Segamat, Haji Ahmad Haji Ma’in.

Kenyataan bertarikh 17 September itu, selain bangunan di jabatan negeri surat tersebut turut diedarkan kepada Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun, pihak Swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tinjauan SuaraTV mendapati ada dikalangan penguna media sosial Facebook menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk membawa keluar negeri Johor dari Malaysia.

Mxxx Hxxxxx: “Ni yang susah ada yang berangan nak bawak Johor keluar drp Malaysia”…..

Axxxxx Axxxxx: “Tak faham perlembagaan persekutuan dan sistem federalisme”.

Zxxxx Sxxxxxx: “Adoi…pening dah”.

Kxxxx Pxxxx: “J4J. Johor for Johorians”. lapor SuaraTV.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 135 times, 1 visits today)

Leave a Reply