Punca Suspek Bakar Pusat Tahfiz Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Punca Suspek Bakar Pusat Tahfiz Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Punca Suspek Bakar Pusat Tahfiz Dibawa Ke Lokasi Kejadian – KUALA LUMPUR: Polis membawa seorang daripada tujuh suspek yang dipercayai membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, ke lokasi kejadian, pagi tadi.

Suspek berusia 16 tahun itu dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai, di sini.

Punca Suspek Bakar Pusat Tahfiz Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Dia kemudian dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Selepas berada di sana selama lebih kurang 10 minit, suspek kemudian dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.

Suspek dibawa keluar dari pusat tahfiz itu pada jam 12.54 tengah hari.

ANGGOTA polis membawa salah seorang dari tujuh suspek ke lokasi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,Keramat. – Foto Mohd Yusni Ariffin

Pihak polis turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.

Sementara itu, di lokasi sama, Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur, turut menjalankan tugas dengan merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan siasatan mereka.

Mereka juga turut membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaharu, yang digunakan sebagai rujukan secara teknikal untuk siasatan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, orang ramai terus membanjiri pekarangan pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung itu bagi menyampaikan sumbangan kepada pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah, selain ingin melihat sendiri lokasi kejadian.

Sumber: BH Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih