Punca Sebenar Ustaz Khairi Meninggal Dunia

Punca Sebenar Ustaz Khairi Meninggal Dunia – SEREMBAN: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.

Ustaz Khairi Meninggal Dunia

Allahyarham Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. – Foto Bernama

Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.

Punca Sebenar Ustaz Khairi Meninggal Dunia

“Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said di sini, 9 pagi esok, kata Abdul Karim Shahimi.

Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Punca Sebenar Ustaz Khairi Meninggal Dunia

“Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan,” kata Tuan Ibrahim. – Bernama

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...