Punca Sebenar Tasik Merah Jambu

Punca Sebenar Tasik Merah Jambu

TASIK Merah Jambu atau nama sebenarnya, Tasik Retba atau Lac Rose (bahasa Perancis) terletak di Semenanjung Cap Vert, 35 kilometer di timur laut Dakar di Senegal.

Ia sering menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan warna airnya yang boleh berubah daripada ungu cair ke merah jambu.

Namun, pengunjung lebih gemar mengunjungi tasik itu apabila ia bertukar menjadi merah jambu dan jika ditinjau dari udara, warna tasik tersebut tidak ubah seperti air susu strawberi.

Menurut laporan incridiblethings.com, misteri Tasik Retba sebelum ini pernah dijelaskan oleh pakar bakteria Universiti Bath dari Britain, Michael Danson melalui kajiannya terhadap kandungan air tasik tersebut.

tasik-merah-jambu-mydebat

Katanya, warna merah jambu terhasil disebabkan bakteria yang terdapat pada garam, dikenali sebagai Dunaliella salina.

“Kumpulan organisma itu mengeluarkan pigmen merah yang diserap dan menggunakan cahaya matahari untuk menghasilkan lebih tenaga, menyebabkan air tasik bertukar menjadi merah jambu,” katanya. lapor Sinar Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...