Punca Sebenar Starbucks Tarik Balik Menu Istimewa

Punca Sebenar Starbucks Tarik Balik Menu Istimewa

AMERIKA SYARIKAT- Starbucks telah memberhentikan penjualan menu istimewa, ‘ Christmas Turkey dan Stuffing Paninis’ yang sering menjadi kegilaan sewaktu musim perayaan Hari Natal kerana isu E.coli yang sedang hangat diperkatakan di negara itu.

Walaupun tiada laporan kesihatan diterima yang berpunca daripada makanan yang dijual di cafe itu, Starbucks dan beratus cafe yang lain bertindak untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Perkara ini berlaku apabila sayur yang digunakan telah menyebabkan kemudaratan kepada 19 orang dan perkara ini telah menyebabkan Starbuck mengambil langkah berjaga-jaga.

Sayur dari Taylor Farms Pacific itu bukan sahaja dibekalkan kepada pihak Starbucks, malah ia juga dihantar kepada cafe-cafe lain seperti Walmart, 7-Eleven, Safeway, Costco, Target dan juga Sams’s Club. Dimana kesemuanya telah memberhentikan penggunaan sayur itu.

Pada hujung bulan November lalu, rangkaian makanan segera telah mengumumkan bahawa sebanyak 43 cafe dan restoran di Oregon dan Washington telah ditutup selepas wabak E.coli dikesan.

Langkah ini terpaksa diambil kerana wabak E.coli adalah sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih