Punca Sebenar Presiden Aswaja Zamihan Ditahan Polis

Presiden Aswaja Zamihan Ditahan

Punca Sebenar Presiden Aswaja Zamihan Ditahan Polis – POLIS menahan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zain, hari ini kerana disyaki mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Punca Sebenar Presiden Aswaja Zamihan Ditahan Polis

Beliau berkata, penahanan dibuat 3.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Kita akan dapatkan perintah reman esok dari mahkamah untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata, pihaknya menerima sekurang-kurang satu laporan polis sejak semalam terhadap Presiden Aswaja itu.

Media sebelum ini melaporkan, Dr Zamihan ketika menyampaikan ceramah agama di masjid di Shah Alam , Ahad lalu, didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Iskandar yang membidas tindakan kedai dobi di Muar yang tidak menerima pelanggan bukan Islam.

Zamihan dipercayai turut menyentuh isu berbaur perkauman yang dikaitkan dengan kedai dobi itu.

Sultan Ibrahim pada 27 September lalu mengarahkan kedai dobi itu menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih