Punca Sebenar Mat Over Lempang David Teo, Ini Penjelasannya…

Punca Sebenar Mat Over Lampang David Teo, Ini Penjelasannya...

Punca Sebenar Mat Over Lempang David Teo, Ini Penjelasannya… – “Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator.

Punca Sebenar Mat Over Lempang David Teo, Ini Penjelasannya…

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.

Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika.

Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.

Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar dan saya terkena dahi saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous