Punca Sebenar Lelaki Ini Larikan Bas Di Kota Bharu Terjawab

Punca Sebenar Lelaki Ini Larikan Bas Di Kota Bharu Terjawab

Kota Bharu – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melarikan sebuah bas sejauh lebih 10 kilometer di bandar Kota Bharu, jam 6 petang semalam.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 32 tahun, dikatakan melarikan sebuah bas henti-henti itu selepas mendapati kunci ditinggalkan di dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun ketika melarikan bas itu, tiada pemandu dan penumpang di dalam kenderaan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Setapa Yusoff berkata, suspek berjaya ditahan selepas dia melanggar sebuah bas persiaran yang diletak di bahu jalan di Pantai Cahaya Bulan di sini kira-kira jam 6.15 petang.

“Sebelum itu, bas yang dipandu suspek melanggar beberapa buah kereta di kawasan berhampiran.

“Akibatnya, suspek dipukul orang ramai sehingga cedera di muka dan badan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

” Suspek turut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan dan pemeriksaan tahap kesihatan,” katanya, lapor Harian Metro.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Leave a Reply