Punca Sebenar KJ ‘Mengamuk’ di Instagramnya

 KJ 'Mengamuk' di Instagramnya

Punca Sebenar KJ ‘Mengamuk’ di Instagramnya – SHAH ALAM – “Kamu tunggu saya buat aduan pada Kementerian Kesihatan,” berikut kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berang apabila melihat satu promosi produk di laman Instagramnya.

Menurutnya, promosi tersebut adalah tipu dan tidak masuk akal.

Punca Sebenar KJ ‘Mengamuk’ di Instagramnya

“Tolong jangan promosikan produk ‘fake’ anda di Instagram saya. Tiada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa.

“Ini semua tipu dan awak salah pilih orang lah, tinggi saya 182CM kot,” tulisnya.

Promosi tersebut melibatkan produk yang boleh menambahkan ketinggian menggunakan akaun Product_Sihat.My.

Sementara itu, netizen menyokong tindakan KJ tersebut seperti pengguna Instagram, Annadzir.

“Kan dah mendapat! Hello ini ‘tall, dark and handsome’ la,” tulisnya.

Turut menyokong adalah pengguna Instagram, _mhd.Azim_.

“Hahaha, kan dah mendapat. Lagi satu, saya umur 13 tahun dan tinggi 170 CM,” tulisnya.

Ada juga netizen yang meminta agar KJ bersabar seperti pengguna Syawalfitri94.

“Sabar ‘daddy’ KJ, huhuhu,” tulisnya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih