Punca Sebenar Haji Samuri Juraimi Meninggal

Punca Sebenar Haji Samuri Juraimi Meninggal

Punca Sebenar Haji Samuri Juraimi Meninggal – Datuk Samuri Juraimi 73 ,iaitu pengasar Sate Kajang Hj Samuri, meninggal dunia di kediamannya, pada 12.05 tengah malam tadi.Menurut Bernama, punca kematian iaitu barah hati disahkan oleh anaknya.

Datuk Samuri Juraimi yang meninggal dunia jam 12.05 pagi semalam selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Punca Sebenar Haji Samuri Juraimi Meninggal

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Beratus penduduk setempat, saudara dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu. Ibunya, Peah Kurus turut berada di pusara anaknya.

Sate Kajang Hj Samuri mula beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan pada 1992.

Kini syarikat yang dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial mempunyai 20 cawangan beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga membekalkan sate kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih